Saturday, 28 June 2008

StarBucks di Kampus??



IPT tempatan disaran sedia kemudahan WIFI. Starbucks beroperasi di IPTA. Begitulah antara dua tajuk akhbar di Harian Metro dan Utusan Malaysia yang sempat ana baca.

Tajuk yang pertama berkenaan WIFI. Isu yang sering dibangkitkan pelajar. Dan isu yang dah selalu sangat bergema di Dewan Senat, bilik mesyuarat. Aha, mungkin lepas saranan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kali ini, barulah warga kampus dapat menikmati peluang tu jadi kenyataan. Sebenarnya, sebelum ni pun memang dah diupgradekan sistem kemudahan internet jalur lebar tanpa wayar nih di sekitar kolej di kampus, dah cuba diluaskan. Cumanya mengambil masa, dan ana harap pelajar UTM sekalian khususnya dapat bersabar sikit masa lagi. InsyaAllah ada peruntukan besaq, tercapai lah hajat.

Namun harapnya, kemudahan yang ada janganlah disalahguna. WIFI diusahakan agar para pelajar dapat menyiapkan tugasan kuliah dengan mudah dengan penggunaan sistem E-learning atau enjin carian untuk tajuk2 assignment. Usah leka seharian melayari Youtube, Friendster dan perkara lagha lain sudah lah.

Dalam Harian Metro, Datuk Idris Haron berkata-“Melihat kepada senario ini, apa kata kalau kita bawa Starbuck atau Dunkin Donuts ke kawasan kampus.” Isk..Agak sarcastic sikit bunyinya tuh..Mungkin tempat tu dah dikenali sebagai tempat bebas akses internet, tapi kalau nak bawak dalam kampus pun masih kena setting jugak perkhidmatan wireless tu kan. Bukannya datang sedebuk siap2 dengan WIFI. Lebih baik siapa yang kononnya nak guna khidmat WIFI dan terlebih rajin pi sendiri kat Starbuck atau Dunkin Donuts yang dah sedia ada kat luar nu. Tambahan lagi dengan fenomena kos sara hidup yang turut meningkat penangan kenaikan harga minyak,rasanya pelajar sendiri lebih selesa berjimat cermat. Apa cukup relevankah cadangan itu perlulah ditanya suara mahasiswa terlebih dahulu sebelum dipersetujui pelaksanaannya. Wallahua’lam.

4 comments:

hambaAllah86 said...

salam perjuangan mahasiswa..
bgs la 2 nak bawak masuk starbucks kt kampus..lgpun kt US separuh drpd cawangan cafe starbucks telah ditutup kerna rakyat di sana tidak mau membazirkan duit hanya untuk minum air kopi..UBAH LAH GAYA HIDUP!!

Anonymous said...

alang-alang starbucks, bawak je masuk hard rock cafe..

farah said...

kenapa mesti starbucks??????

Anonymous said...

mungkin nak meruntuhkan ekonomi umat islam kot..