Sunday, 29 June 2008

Apa Ada dengan 1 juta??

Saya terimbas kembali kunjungan ke rumah seorang warga emas di Kg. Skudai Kiri sempena program Murni Ramadan yang lepas. Keadaan rumah yang kecil, perabot yang usang, dan bersedia untuk banjir sekiranya paras air meningkat. Belum tengok rumah depan makcik tu, dah memang sempit, ditambah dengan ahli keluarga yang agak ramai. Bayangkan situasinya bagaimana? Saya tidak tahulah kiranya pihak yang bertanggungjawab sedia maklum atau tidak. Ataupun memang tidak mahu ambil tahu..Golongan tersebut begitu menghargai dan gembira dengan kehadiran bantuan kami yang tidak seberapa dari UTM, mungkin lebih teruja kiranya Menteri turun padang ambil berat tentang kesukaran hidup mereka.

Tapi dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengenai ganjaran 1 juta untuk atlit yang berjaya mendapat pingat emas betul-betul menyentap hati saya. Katanya, "atlit berjuang untuk negara, apa salahnya diberi ganjaran atas usaha sungguh-sungguh mereka"..Isk, saya tak tahu apa yang bermain di fikiran mereka. Nah, sekarang cuba kita kata, apa salahnya atlit tu diberi ganjaran RM 1000 ? Terlalu sedikit? Up lagi jadi 5 ribu! Masih tak cukup?? Aduhai, usahlah materialistik benar..

Sabda Rasulullah S.A.W : "Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah".(Hadith riwayat Tirmizi, Ibn Majah, dan Hakim)

Hari tu AQ akhir tak nak pulak ditaja jumlah wang sebesar itu..Ke nak serap sikit dalam akaun sendiri? Siapa setuju?? Hehe..Gurau jer..boleh jadi fitnah pulak nanti..Nauzubillah. Sedarlah wahai orang yang berkepentingan.. Kat luar sana masih ramai golongan marhaen yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan yang dhoif. Lebih baik wang 1 juta disalurkan pada tempat yang betul. Tambah pulak dengan kos hidup yang kian meningkat sekarang ni. Bukan ke membazir tu amalan SYAITAN ?? Dah banyak duit rakyat digunakan untuk benda-benda remeh.Bila lah nak sedar wahai pemimpin bangsaku.. Ittakullah~Takbir!!

MANE SATU PILIHAN ANDA??

No comments: