Sunday, 22 June 2008

Monolog Hati VS Akal an-Nisa

Hati : Eh, comel la mamat tu pakai kopiah ngan jubah!

Akal : Ada apa dengan kecomelan berkopiah dan berjubah?

Hati : Pakaian sebegitu menunjukkan tahap kealiman dia.

Akal : Kamu yakin peribadinya begitu?

Hati : Mana mungkin tidak?!

Akal : Mungkin ya, mungkin tidak. Kamu terpesona dengan luarannya, sedangkan kamu tidak mengenali dalamannya.

Hati : Habis, aku harus bagaimana? Sudah sifatku cepat tertarik dengan penampilan baik seperti itu. Aku ingin mendekatinya!

Akal : Kamu tertarik pada penampilannya? Adakah kamu terfikir, tertarikkah dia pada penampilan kamu?

Hati : Mengapa tidak? Bukankah lelaki semuanya sukakan kecantikan?

Akal : Tapi bukanlah kecantikan yang didedahkan.

Hati : Benarkah Akal?

Akal : Benar duhai Hati. Aku tidak pernah berbohong kan selama ini..

Hati : Jadi bagaimana?

Akal : Kamu tutup dahulu kecantikan yang kamu dedahkan selama ini. Namun, itu sahaja tidak cukup wahai sahabatku.

Hati : Susah lah Akal. Nanti orang lain mencemuh perubahanku pula. Apa lagi yang tidak cukup, Akal?

Akal : Waduh! Kamu lagi kisah cemuhan orang, tidakkah kamu kisah cemuhan Allah terhadapmu? Perilaku kamu.

Hati : Perilaku ku? Kenapa dengan perilaku ku?

Akal : Kamu rasa, dengan perilakumu sebegitu layakkah kamu berdamping dengan sang rijal tadi yang kamu katakan alim peribadinya?

Hati : Aduss..terkena lagi aku. Seterusnya, apa langkah yang perlu aku lakukan untuk mendekati insan sebegitu?

Akal : Kembali kepada ajaran asal agamamu. Syahadah ucapanmu tidak lengkap tanpa amalan Rukun Islam dan Iman mu wahai sahabat. Tidak cukup tanpa mempercayai kewujudan sang Penciptamu, Allah S.W.T.

Hati : Astaghfirullah! Aku sudah jauh terpesong. Bantu aku ke pangkal jalan, Akal. Aku tidak mahu ke neraka. Aku mahu kehidupan Islam. Aku mahu membina Baitul Muslim.

Akal : Kan aku sedang membimbing mu, Hati. Jangan kamu risau, Allah itu sifatnya Ar-Rahman, Ar-Rahim. Pasti Dia mendengar rintihan taubatmu itu.

Hati : Terima kasih Akal. Doakan aku bertemu jodoh dengan rijal yang berperibadi mulia.

Akal : InsyaAllah, aku doakan kesejahteraan kamu sahabatku.

Bertindaklah menggunakan akal daripada membuta tuli ikutkan hati!

2 comments:

Anonymous said...

salam. monolog yg sangat menarik. patut disebarluaskan lagi

Anonymous said...

syukran akh syauqi..