Assalamualaikum..
Apa khabar iman Syawal kali ini? Moga terus mantop dengan izinNya.
Terpisah sebentar dengan 'dunia tanpa sempadan' ibarat 'berjalan dalam kegelapan'. Tika kembara ilmu ke PDRM Cheras, saya dikejutkan dengan berita Malaysia bergegar. Betulkah? Keraguan itu disahihkan apabila Buletin Utama memaparkan tragedi tersebut yang lebih tragis berlaku di kawasan Indonesia. Hati disentap! Usai solat, doa dipanjatkan kepada Rabb agar mangsa terus dilindungi dan dipelihara kesihatan mereka.
Keesokannya, terlewat menerima berita yang lagi satu. Mujur dipinjam akhbar pakcik bas, baru diketahui tentang tsunami yang melanda Samoa pula. Mulut mengucap InnaLillah dan terus beristighfar. Kepala ligat berfikir. Adakah ini tandanya ALLAH sudah marah sungguh? Atau memang kitaran fenomena bumi yang biasa berlaku? Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..
Makanya? Teruslah bermuhasabah. Mungkin ini balasan buat kita yang terlupa dan alpa tentang tanggungjawab kita kepada Pencipta dan agama. Terlalu selesa bilamana Rasulullah S.A.W. meminta penangguhan balasan pada umatnya tika di dunia. Tak pernah mahu ambil iktibar dan pengajaran tentang balasan yang ditimpakan serta merta kepada umat terdahulu apabila mereka melakukan dosa hatta sekecil mana. Kisah banjir besar zaman Nabi Nuh, bumi diterbalikkan untuk kaum Lut dan macam-macam peristiwa lagi. Apa masih tidak cukup untuk kita menilainya? Tak perlu bicara panjang deh, renung-renungkan dan selamat beramal~
Ayo! Berusaha membaiki diri sebelum diri dihisab.
"Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan." [Al-Baqarah:48]
Takziah juga buat keluarga Cikgu Ahya' di atas pemergian ustaz muda itu setelah terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan untuk menyebarkan ilmu. Al-Fatihah...

1 comment:
bila Tuhan berbicara...
Post a Comment