Wednesday, 28 January 2009

Laa ni..manusia macam-macam!

Salam alaik.. Alhamdulillah kita masih punya waktu mengecapi nikmat kesihatan, iman dan Islam. Agak terkejut bila membaca muka depan Berita Harian, "Israel cabuli gencatan senjata, lancar serangan di Gaza." Isk3..Dasar orang munafik, mana pernah nak tepati janji.. Itulah Israel laknatullah!

Bersyukur kita hidup dalam suasana aman, tak dihujani peluru, tak terkejut dek serangan bom. Tapi malangnya, tak ramai yang menghargai malah mensia-siakan keharmonian dalam Malaysia ni. Teringat pengalaman melihat seorang lelaki Melayu berbadan besar di Stesen Bas Larkin hari tu. Gelagatnya pergi ke seorang demi seorang dengan dialog, "Assalamualaikum. Saya nak mintak derma ikhlas ni. Saya sakit sawan. Kalau boleh, dermalah seikhlas pakcik." Sedangkan di kawasan berdekatan, saya nampak lelaki Cina sedang menyelongkar tong sampah, mengorek tin-tin terbuang, memijak, dan kemudian memasukkan koleksi tin kemek ke dalam guni. Cuba fikir sat, apa beza lelaki Melayu ini dan lelaki Cina itu? Bezanya, lelaki Melayu ini masih MUDA, lelaki Cina tu pula dah TUA, siap bongkok-bongkok lagi. Sekilas terdetik, baiklah duit aku nih disalurkan pada tabung bantuan Gaza nun, dan mudah-mudahan lelaki ini diberi kesihatan yang baik untuk mencari sesuap rezeki yang halal tanpa meminta-minta.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Riwayat At-Tabrani


Pemandangan di kampung juga membuatkan saya terfikir. Dilihat sekumpulan 'muslimah-muslimah' harapan agama dok berkumpul, berpeleseran dengan motor masing-masing. Alangkah baiknya waktu-waktu petang begitu diisi dengan study berkumpulan ke, riadah ke [kalau la nak sangat kumpul ramai-ramai kan], dapat la jugak manfaatnya, dapat la mengelak dari aktiviti-aktiviti lagha. Mungkin depa tak sedar, sahabat-sahabat mereka kat Palestin sana punya la sanggup dok belajar bawah khemah demi mencari secebis ilmu.. Tapi mereka kat sini, dok goyang kaki bila cuti sekolah mula.

Itu baru fenomena yang sedikit. Kadang-kadang, nikmat yang ada kita sia-siakan tanpa sengaja. Peringatan buat diri penulis juga, hargai 5 nikmat sebelum datang 5 perkara. Dan yang paling penting, teruslah berdoa untuk saudara seakidah kita di Palestin. Mudah-mudahan mereka diberi kemenangan.. Wallahua'lam.

Hadith :
Dari Abdullah bin Aufa r.a, "Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:” Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang”. Kemudian baginda berkata:”Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:"
Bukhari

7 comments:

rossees said...

salaam,benar sekali...

apa maksud syurga di bawah bayangan pedang?

Ketika payah kita hanya jatuh secara fizikal dan emosi tetapi ketika senang kita jatuh dari segi rohani dan jika dibiarkan, kita akan lebih mengingati kesenangan yang kita ada lebih dari mengingati Allah swt. Sewaktu senang juga kita lebih takut untuk menjadi susah daripada takut kehilangan cinta Allah swt. Kita mula merasakan apa yang kita kecapi hari ini adalah kerana usaha kita dan bukan pemberian Allah swt. Permainannya begitu halus.

untuk baca keseluruhan, pergi lah ke link ini http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2009/01/kepayahan-satu-latihan-kesenangan-satu.html

salaam

Anonymous said...

Salam..ya kita perlu bersyukur..memang kecewa melihat pada yang suka meminta..

RrR said...

dari peti masuk email

Salam shbt2 yg dikasihi fillah.TESCO adlh singktn kdp Tess Cohen,isteri kpd jutawn Yahudi UK yg mmiliki hypermarket trsbut.Jutawn ini amt kuat menyokong zionis, nazi, yahudi israel melalui kekayaan beliau.Stiap RM yg kita beli d TESCO umpama 1 pluru yg kita sumbgkn kpd israel utk mmbunuh saudara2 Islam kita d palestin.Sebarkn_sumber: Wikepedia.

salaam

Lem said...

"Dilihat sekumpulan 'muslimah-muslimah' harapan agama dok berkumpul, berpeleseran dengan motor masing-masing."

mana tahu mereka pun sedang bincang pasal isu palestin...
harap lebih bersangka baik terhadap saudara sendiri ya...

'Aizat Annur said...

Rakyat Palestin kata pe...Kami dah muak perangai Israel...tp dunia Islam terutama Arab Saudi dan Mesir je seolah2 termakan pujuk rayu..bukan semua penduduk Arab tetapi kuncu2 kepimpinan atasan mereka yg terpaksa bersetongkol dgn Israel Laknatullah~sekadar bingkisan di pagi hari

.:Srikandi :. said...

ya mungkin lem..

mungkin enta boleh duduk bersama mereka barangkali, mendengar isu yg dibincangkan..

pastinya husnudzon no.1

oh ya..pasti enta juga boleh husnudzon dgn usaha2 yg dilakukan barisan mpp kelak.. =)

insyaAllah..

menyeru diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan..wallahua'lam

Lem said...

boleh...
tak dak masalah...
saya bersedia untuk duduk berbincang dengan siapa sahaja walaupun saya bukanlah seorang ahli MPP...
lagipun mereka berbincang secara terbuka...
bukan duk dekat meja mesyuarat dalam bilik saja...