Alhamdulillah, masih punya waktu mencoret sesuatu di laman yang bersawang ini..

Kalau dulu pertembungan dua tarikh antara sambutan kemerdekaan dengan awal Ramadhan.
Kali ini hampir-hampir juga tarikh sambutan awal Muharam dengan sambutan awal tahun Januari.
Mudah-mudahan muslimin muslimat sekalian tidak terlupa menyambut AWAL MUHARAM dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.

Sejenak, mari kita renung kembali sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah yang telah mencetus satu perubahan besar dalam sejarah Umat Islam agar generasi masa kini tidak lupa kepada pengertian Hijrah yang sebenar serta sejarah yang berlaku di sebaliknya.
Hijrah bermula apabila Quraisy yang merasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Mekah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin dengan harapan melemahkan semangat para pejuang Islam,namun tidak berjaya. Maka mereka mencadangkan usul yang jahat agar mengusir Rasulullah sebagai ketua pimpinan pada masa itu supaya gerakan Islam lumpuh.
Allah S.W.T memelihara kekasihNya. Rasulullah S.A.W diperintahkan segera berhijrah ke Yathrib [Madinah] bagi menggagalkan rancangan kaum Musyrikin tersebut. Lantas baginda membuat perancangan rapi mengenai penghijrahannya bersama sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a diperintahkan mengambil tempat pembaringan baginda dan helah ini berjaya memperdayakan pengintip-pengintip Quraisy manakala Rasulullah s.a.w selamat melarikan diri dari kepungan Quraisy tersebut tanpa disedari oleh mereka.
Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah bertolak menuju ke Gua Thur dan bermalam di situ selama 3 malam. Dalam tempoh tersebut, beberapa individu memegang peranan penting. Abdullah bin Abu Bakar menjadi perisik bagi rancangan pembesar Musyrikin dan menyalurkan maklumat kepada baginda, serta Amir bin Fuhaira' mengembala kambing di sepanjang laluan Rasulullah bersama Abu Bakar bagi menghilangkan jejak mereka. Manakala Asma' dan Aisyah bertugas membawa bekalan makanan.
Setelah Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq r.a meneruskan perjalanan yang penuh dengan liku dan ranjau beserta kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T., akhirnya mereka berjaya tiba di Quba' sekaligus mendirikan masjid Quba'.
Kedatangan Rasulullah disambut baik oleh penduduk Yathrib dan baginda menukar nama bandar itu kepada Madinah yang merupakan tempat permulaan penyebaran agama Islam ke serata dunia. Baginda juga berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj serta mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.

"For things to change, I must change first!"
2 comments:
macam kata2 pak anjang... hmm, ye ke pak anjang... for things to change... ya that's right..
but how to make the changes is always complicated..huhu
salaam 1430...
semoga ape yg kerry buat dalam rahmat Allaah inshaAllaah...ameen
hait..ingat lagi ros yek..
kata2 motivasi dari pak anjang n da geng.. =)
aMin...muga dipermudahkan juga urusan kita dalam usaha penghijrahan..
Post a Comment