Thursday, 10 July 2008

Pakej Harga Makanan


Berikutan harga minyak yang naik, pastinya para peniaga yang terkena tempiasnya turut terpengaruh untuk sama menaikkan harga barangan. Fenomena yang melanda warga kampus sudah semestinya kenaikan harga makanan yang menjadi fokus utama. Jadi demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa, satu mesyuarat khas untuk pengusaha makanan sekitar UTM telah dihadiri oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar bagi sama-sama menetapkan kadar harga makanan mengikut kesesuaian kehidupan pelajar dan pada masa yang sama memberi pulangan kepada peniaga. Maaf kerana saya tidak dapat sertakan senarai harga makanan yang telah dipersetujui, namun maklumat-maklumat tersebut boleh didapati dari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa masing-masing selain di premis perniagaan itu sendiri. Andai kata anda tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dikenakan, segera laksanakan langkah-langkah seperti berikut :


1. Mengambil gambar makanan yang dibeli sebelum sempat dimakan.
2. Meminta resit sebagai bukti bayaran untuk aduan.
3. Dan sekiranya tidak mendapat kerjasama, boleh terus berhubung dengan En. Fauzi dari Pejabat Harta Bina.

Mudah-mudahan dengan pengawalan harga makanan ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban warga kampus sekalian. Sebarang masalah, boleh disalurkan terus kepada pihak kami di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang terletak di hadapan CIMB Bank. Respon anda amat dialu-alukan.

Bantu kami untuk bantu anda”

3 comments:

Anonymous said...

salam

syabas atas usaha kalian!

rossees said...

bagus betul...
ermm... makan kat kafe UTM ada dapat receipt ke?

Anonymous said...

nope laa..if xpuas ati, baru mintak resit..rasenyer kalo sebuk nak mtk resit time org ramai tgh bz membayar, maunye kene tengking ngan makcik kafe kot..hehe