Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Wednesday, 12 May 2010

Pertandingan Online

Bismillah..



Maklumat lanjut : http://pembinajohordt.wordpress.com/2010/05/07/265

Copy, paste & go!

Friday, 24 July 2009

Ukhwah itu...



Ukhwah itu suci
Bila kita saling menghargai
Dan kita saling mempercayai
Pasti hati kita kuat dipateri

Ukhwah itu manis
Kekal dulu, kini dan selamanya
Kerana ukhwah kita telah tertulis
Takkan goyah dek badai sementara

Ukhwah itu indah
Bila kita bersama melangkah
Membangun bersama ummah
Apa yang penting, istiqamah!

Ukhwah itu pasti
Kenangan yang terpahat di dada
Meletakkan kalian tetap di hati
Ukhwah fillah abadan abada..


Written by : krieya
Dedicated to : All her friends
170709-Kuliah tyme..isk2..

Friday, 31 October 2008

Pemilikan yang berharga


Salamun 'alaik...

Kalau sebelum ni cuma dapat nonton trailernya..tapi kini satu kepuasan bila ana dah mampu memiliki vcd Sang Murobbi..

Terkesan sungguh di hati ini apabila tiba di penghujung cerita..

Jalan dakwah yang kisahnya digarap menarik, ana fikir tak rugi untuk kita luangkan masa sebentar menikmati keindahan cerita nih..

Dengar orang cerita, tak best lah..Tengok sendiri, baru feel... Hehe..

Mari kita ambil iktibar dari kisah tokoh ni- Ust. Rahmat Abdullah..

Wallahua'lam

p/s : tolong promote- boleh didapati dengan melayari : http://epilogpejuang.blogspot.com

Wednesday, 8 October 2008

Mari Membedah~

"Dua Umar ini adalah pemimpin yang mula-mula melaksanakan kepimpinan Negara Berkebajikan. Mereka mengajar rakyat bagaimana hidup dalam berkat kemiskinan atau kaya dalam petunjuk dan cahaya"
-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat-

"Penulisan sejarah sahabat atau tokoh Muslim, boleh menjadi rujukan kepada masyarakat. Bahawa, mereka memimpin dengan penuh keteladanan dan peribadi yang mempesona didaasari al-Quran dan Sunnah. Semoga buku ini mampu meluruskan distorsi sejarah Islam dan tokoh-tokohnya."
-Ahmad Mansur Suryanegara, Sejarawan Muslim Indonesia-

Mari luangkan masa baca buku nih "Belajar dari Dua Umar-Kenyangkan Perut Rakyat"

Sunday, 21 September 2008

Mengagumi dan Dikagumi

Minta maaf kerana diri ini mengagumi kamu. Mungkin riak muka mu yang sentiasa tenang dan bercahaya mencuri hati ku. Mungkin juga peribadi elokmu di mataku mempesonakan ku. Muazzin, bilal dan imam - kebolehanmu dan keagamaan dalam dirimu memberi peluang diri kerdil ini menyimpan sedikit perasaan. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kamu..

Aku?? Aku dahulu lebih dikenali sebagai minah rock. Tetapi aku tak bangga dengan gelaran itu. Dan aku meneruskan misi mencari peribadi hakiki diri ini. Kerana aku tahu, aku punya potensi untuk berubah selaras dengan niat dan minat ku. Lama sungguh proses mencari "Siapa Aku?" sehinggalah Allah mentakdirkan pertemuan antara kau dan aku.

Seperti kisah penjual minyak wangi dan tukang besi, begitulah perubahan yang aku rasakan. Kau sebagai penjual minyak wangi dan haruman yang tercalit padaku, aku rasakan terus berkekalan. Mengenali kamu membuat aku ingin berubah. Katanya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Sejak itu, aku cuba menjadi wanita yang baik untuk berjalan seiring dengan lelaki yang baik. Tetapi, perubahanku adalah Lillahi Ta'ala didorong oleh perasaan kagum terhadap peribadi kamu. Kalau kamu boleh punya peribadi hebat, masakan tidak aku??

Terima kasih memberi peluang aku mengenali kamu. Terima kasih juga kerana pertemuan antara kita memberi aku kekuatan luar biasa untuk berubah. Biarlah perasaan aku menjadi rahsia antara diriku dengan al-Khaliq. Sekiranya ditakdirkan ada jodoh kita bersama, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka aku redha. Kerana aku percaya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada makhluknya.

**telah diciplak atas kebenaran penulis asal (",) ...Lelaki merupakan pemimpin keluarga terulung..Wanita berperanan terus mendukung! Selamat menghayati~

Sunday, 31 August 2008

Hikmah Ramadhan

Rabbani

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa
Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
Mendidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita
Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan rezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pembaziran
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir
Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa
p/s: SELAMAT HARI KEBANGSAAN! SEMOGA MALAYSIA TERUS MAJU DAN MENDAULATKAN ISLAM..

Monday, 11 August 2008

Tuesday, 22 July 2008

" Aku Terima Nikahnya "


Karya Abu Saif ni memang cukup menarik. Lama dah dengar tajuk buku nih tapi tak sempat nak beli lantaran kesibukan yang memang sibuk mahupun dibuat-buat.. Tengok je cover depan buku "Aku Terima Nikahnya", alamak aihh...Comey sungguh..very funky and sweet..Terus jatuh chenta! Ha..berebut-rebut wang minta dibayar menggunakan diri mereka..(agaknye la).. Sana-sini diusung buku ni, kononnya nak lekas-lekas khatam. Thesis PSM pun tak khatam lagi..hehe..takpe2..didikan jiwa itu penting juga.. Mari sama-sama membedah buku ini!