Saturday, 14 August 2010

Bagaimana Ramadhan ini?

Suka dalam duka.

3 patah perkataan yang sesuai dengan Ramadhan kali ini kot.

Sangat teruja dengan kehadiran Encik Ramadhan.

Tapi, berpuasa tanpa bersahur masakan bonda hatta sehari pun, itu mendukakan.

Emak dan Abah cuma akan pulang masuk hari raya ke-2 nanti.

Eleh, memang mengada. Masa depa ada kat rumah, tak reti-reti nak balik selalu. Dah jauh-jauh ni baru sibuk-sibuk nak rindu. Apakah?

Alahai, dah memang manusia gitu. Dekat bau busuk, jauh baru bau wangi. Ecehh..

Nggak apa-apalah. Saya bergembira mereka dapat berRamadhan di sana. Moga tambah barokahnya. InsyaAllah.

Hah.. Sedikit petikan dari awal Ramadhan saya. Sememangnya diakui, musim yang menguji kekuatan diri. Menuntut aplikasi atas apa yang sering dibicara. Haih, malulah kalau cakap tak serupa bikin. Kalau dah cakap, maka kenalah bikin!

Apa yang antum harapkan Ramadhan kali ini?

Ramadhan ini, saya mahu perform yang terbaik.

Mengharapkan hari-hari adalah Ramadhan? Hehe.. Bagus. Kalau begitu, ingatlah pengertian Ehsan. =D

Tapi kita ini hamba Allah, bukan cuma hamba Ramadhan.


PELAKSANAAN VISI dan MISI

Visi : Masuk Jannatul Firdaus dan dapat melihat wajah Allah S.W.T. di akhirat kelak.

Misi : Solat Terawih, Tilawah Al-Quran, Qiamullail, Sahur, Zikir, Infaq.

Bagaimana pelaksanaan misi kita untuk mencapai visi?

Ada ukhti berebut-rebut siapa mendahului khatam al-Quran dahulu. Persaingan yang sihat.

Ada orang 'mosque jump' sebab nak rasa suasana malam Ramadhan yang berbeza.

Ada orang main 'miscall2' sebab dah tak duduk sebilik hanya untuk kejut Qiam dan sahur.

Ada orang infaq seringgit sehari, dengan harapan 30 hari cukuplah RM 30.

Hmm.. itu orang. Mungkin kita boleh buat lebih baik dari 'orang-orang' kat atas ni.

Ramadhan ini mendidik hati, membentuk peribadi.

'Tanyalah ustaz' kata, bulan Ramadhan ni istimewa. Sebab ia menentukan siapa kita sebulan, setahun, sedekad yang akan datang.

Mungkin daripada yang tidak bertudung kepada bertudung.

Daripada kaki kelab, kepada kaki surau.

Daripada suka mengumpat, kepada suka berzikir.

Orang-orang sekeliling pun akan ikut bersyukur. Diorang kata, "Alhamdulillah, hidayah bulan Ramadhan." Pastinya hidayah yang datang dari Allah.

Nasihatnya..

Kalau malu nak berubah bulan OGOS, berubahlah sekarang, bulan RAMADHAN!

InsyaAllah, ia menjanjikan keberkatan.

Saya cuba menasihati diri sendiri.

Hey, Srikandi mesti kuat tahu!

Wallahua'alam.

2 comments:

saffra said...

akk! wanna copy some phrase of yours~^^

.:Srikandi :. said...

alahai pura..amik je..FOC aje pong..

btw, ayat itu sebenarnya telah diubahsuai mengikut kepala tuan belog.but, the content is still there. =D