[Merpati][Srikandi][Anaigh]
Nampaknya, Merpati bakal terbang meninggalkan sarang.
Dan, kami harus redha. Akur dengan setiap pertemuan yang biasanya menjanjikan perpisahan.
Terbang si Merpati bukan suka-suka. Dia terbang dengan agenda.
Merpati,
Jangan kerna pendarahan geraham, kau berhenti menggigit batang mancis.
Jangan kerna nyalaan mancis yang terkadang padam, kau terbang terlalu rendah dan perlahan.
Merpati,
Lajulah mengibas sayap mu.
Moga ummat terkesan.
Teruskan derapan mu.
Moga ummat tersedar.
Merpati, aku nak kau tahu.
Aku bersyukur dengan ukhuwwah ini.
Menjadikan mardhatillah matlamat kita.
Ingat 'surat cinta' yang Merpati dapat?
Aku tak berkesempatan buat yang seperti itu, tapi aku kira penulis itu sependapat denganku.
Hehe, alasan. Malas kan aku nak menyatakan sendiri kecintaan aku pada persahabatan kita?
Ah, sudah. Kau orang memang sahabat terbaik aku dunia akhirat.
Merpati,
Dalam penerbangan kau, jangan lupa doakan kami di sini.
"Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan melainkan Malaikat berkata: "Dan bagimu juga seperti itu." (H.R. Muslim)
Doakan,
Agar Srikandi terus mantap peribadi.
Agar Anaigh terus menjadi aneh dalam dagangnya.
“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]
Jangan risau. Kerana kami sentiasa mendoakan kepulangan kau ke sangkar ini. Semester akan datang tau! Sebab.. Hutang buku ar-Raqaiq padamu tak langsai lagi. Hihi..
Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam.
Sob3! Sedihnya aku perpisahan kali ini.
Hingga ketemu sekali lagi, jika tidak di sini, mudah-mudahan di Syurga nanti.
Janji ya!Uhibbuki, wo ai ni, aishiteru, I love U fillah.. abadan abada!

2 comments:
Oh~ ini adalah surat cinta terbaik.
Aduh ukhti...
tega ya kamu...
buat ku menangis...
srottt... V_V
eh, hapus air mata meski kita kan terpisah. kan.
Tetaplah berjuang. JZKK. =)
Ya ampun ukhti..
Kamu nggak sedar ya, kehilangan kamu itulah yang bisa menumpahkan airmata ku.
Bantu perjuangan ini walaupun dari jauh ya.
Sungguhlah, aku ini baru bertatih.
Doakan team kita. Oh, dah rindu nak terbang sama dengan merpati!
Post a Comment