Saturday, 19 September 2009

Eid Mubarak

Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini pengakhir Ramadhan. Dan di akhir-akhir Ramadhan inilah penulis diserang flu yang masih belum sembuh, selesema yang teruk. Pulang ke rumah membawa virus. Mujur bukan H1N1. Mungkin itu satu peringatan dari-NYA supaya terus meningkatkan dan melajukan ibadat. Tarbiah oh tarbiah!

Hati dilanda sedih bila Ramadhan tetap jua melabuhkan tirainya. Namun bukan bererti ibadah kita juga harus dihentikan setakat itu. Apa tidak boleh turut berlumba-lumba mengejar ganjaran di bulan Islam yang lain? Moga hati-hati kita ditetapkan dan terus istiqamah dalam merindui-NYA.

Pemergian Ramadhan yang terus ditangisi, menandakan kita bakal meraikan hari KEMENANGAN melawan hawa nafsu sepanjang bulan puasa. Isikan masa yang ada dengan menziarahi saudara dan kenalan bagi mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Bagi yang memandu pulang ke kampung, hati-hati dan ingatlah orang tersayang. Akhir kalam, penulis ucapkan Salam Lebaran, Maaf salah dan silap untuk sebarang kata dan perlakuan penulis. Mudah-mudahan kita berpeluang menemui Ramadhan seterusnya. InsyaAllah.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF SEBARANG KHILAF


تقبل الله منا ومنكم

Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu...

1 comment:

isz_one said...

A'kum sahabat lama ku....aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir n batin dari ujung ranbut hgga ujung kaki..so mcm biasa nnti datg beraya umah aku yer...byk citer yg blh kita kongsi kan...ye r setahun sekali leh kumpul ramai2...ajk member2 lame kita k....insya ALLAH