Sunday, 22 March 2009

Keunggulan Kanak-kanak Muslim

Berpeluang menyibukkan diri, ana menyertai program kem ibadah untuk remaja anjuran AJK Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama dengan kerjasama GAMIS Johor pada 20-21 Mac yang lalu.

Walaupun penyertaan yang bermula sejak Jumaat hanya dihadiri sejumlah kecil remaja muslimat berbanding muslimin, bilangan peserta muslimat mula bertambah pada pagi Sabtu. Wajah-wajah kecil yang comel kian memenuhi ruang surau untuk sama-sama menyertai program Kem Remaja Muslim Taqwa hari tu. Bak kata seorang ibu peserta, sejuk perut ibu mengandungkan anak begini. Dipenuhi dengan program ilmiah, ceramah dan latihan dalam kumpulan sejak Jumaat, kem remaja ini menuju acara kemuncaknya pada hari Sabtu dengan pelbagai jenis pertandingan. Antaranya, pertandingan melukis, mewarna, hafazan dan azan. Tak tersangka ramai juga penyertaannya.

Adik Hajar menghafaz

Sepanjang program, ukhwah antara peserta dan faci pun rapat. Kalau mula-mula datang, semua nampak pemalu. Bila lama-lama, dah mula tak nak berenggang. Adik Fathiyah, Farsha, Azierah, Amani, Shahirah dan Zulaiha, tahniah dapat luangkan masa join Explorace Sirah semalam. Kesian kena berlari-lari dalam cuaca sedikit terik. Tapi takpa, kita dapat belajar sirah Rasulullah kan.. Bagi ana, adik-adik peserta ni bukan calang-calang orang. Nama pun dah hebat-hebat . Ada keluarga Uthman-Ummar Uthman, Uthman Affan, Abu Bakar Uthman, ada juga keluarga al-Hawariy-Balqis al-Hawariy, Hajar al-Hawariy, Mujadid al-Hawariy dan Dawud al-Hawariy..Menarik kan? Nama dah unggul, insyaAllah membesar pun dengan peribadi unggul kelak!

Ibu yang hadir memberi sokongan

Karya Kreatif dua beradik-Putri Khalisa & Putri Khalida

Merdu suara Adik Fathi melaungkan azan

Dan malamnya,

"Akak!" Ana dan Farah diserbu adik-adik itu. Mereka kelihatan ceria. "Nasib baik akak datang. Tadi kita doa kat dalam van, mintak-mintak akak datang malam ni..Kan baby, kan?" celoteh Farsha pada Azierah yang digelar 'baby'. Uh, mujur kami tak menghampakan mereka walau pada awalnya hampir saja tak datang. Memikirkan harapan yang diberi pada budak-budak memungkinkan mereka sememangnya mengharap tinggi, kami jejakkan kaki jua di surau at-Taqwa. Kedatangan kami pun disambut baik, siap dengan makanan yang enak lagi. Syukran makcik, tau-tau je perut kami masih kosong. Hehe.. Dan, Alhamdulillah, ramai jugak penduduk Pulai Utama yang hadir malam tu sempena ceramah Maulidurrasul oleh Ustaz Rifqi.

Akhir kata.. Terima kasih Kak Husna sebab sudi bagi peluang.. Terima kasih Farah sebab sudi teman.. Terima kasih motor kerana sudi berjasa.. Terima kasih adik-adik, pakcik-makcik sebab sudi bagi kerjasama..Terima kasih Allah sebab sudi beri kesedaran..Terima kasih semua pihak atas segalanya!

2 comments:

Anonymous said...

Salam ismirieya..hmm moga ramai lagi di luar sana yang punya masa berbakti dan mendekati anak bangsa..ya ayuh mujahidah...hihi kreatif karya adik2 ni..hmm teringat pula masa berprogram dengan orang kampung di Pongsu Seribu ,Penang..seronok..lepas rindu dengan kampung..

.:Srikandi :. said...

oh ya..anak kecil mudah didekati..

seronok melayan mereka bagi orang macam ana yang tak punya adik.. =)

mudah2an kita dan generasi ini akan mewarisi sifat terbilang tokoh2 islam kelak..