Perkataan Jihad merupakan kalimah bahasa Arab yang biasanya dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah jihad sering disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan syahid dan jihad adalah sesuatu yang tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.
Dalam kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Jihad didefinisikan sebagai berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)
Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."
Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.
Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai ayat. Di antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu, menggunakan al-Quran sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.
Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan. Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.
Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.
"Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."
Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.
Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.
"Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.
Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad dan mudah untuk dikawal, maka mudahlah untuk kita menghapuskannya. Tetapi nafsu itu merupakan sesuatu yang wujud di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan boleh dikatakan sebati dengan diri kita. Tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh, pasti kita dikalahkan dan diperalat oleh nafsu itu sendiri.
"Tidak dianggap seseorang itu berani bila ia dapat mengalahkan musuhnya, tetapi dianggap berani, jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya.
Kan banyak definisi jihad itu..Nah, jikalau jihad nafsu masih gagal dilaksana, gimana mahu jihad di medan perang yang nyata? Mudah-mudahan dibukakan jalan bagi hamba-hambaMU ini untuk meraih redha-Mu yang satu, Ya Rabbi!

No comments:
Post a Comment