Friday, 27 February 2009

Glamer pangkat

Kali pertama membentuk organisasi : "Saya nak jugak rasa macam mana jadi Presiden Kelab XxX ni.. Lagipun saya rasa saya memang layak nak dibandingkan dengan calon lain.. Maklumlah saya kan dah banyak makan garam. Jangan lupa vote nama saya tau!"

Bila tak dapat jadi ketua : "Apsal die pulak jadi Presiden Kelab XxX? Dah la baru setahun jagung, apa pun tak tahu.. Macam mana nak memimpin ni?"

Ucapan kat ketua : "Tahniah! Saya dah agak dah..Memang awak la insan yang paling layak dengan post tuh. Nanti dah dok kat atas, jangan lupe saya kat bawah ni.."

Cakap-cakap belakang : "Saya terkilan betul tak dapat jawatan tu. Saya fikir kalau saya pegang jawatan tertinggi tu, saya mampu bawa fikrah baru dalam organisasi. Dia tu tak layak langsung jadi ketua. Saya pernah kerjasama dengan dia, saya tahu dia buat kerja macam mana. Bukannya bagus sangat!"

Siapa yang mahu pemimpin begini, sila angkat tangan anda.

Maaf! Kami tak mahu pemimpin yang hanya mahukan jawatan tapi tidak mahukan amanah. Kami tak mahukan peneraju yang hanya manis bermain kata-kata tapi tidak pula berusaha mengotakannya. Kami juga tak mahu pemimpin yang kononnya mahu bawa fikrah baru, tapi memburukkan orang lain di hadapan bukan hanya kepada setakat 1-2 orang, tapi berbelas-belas orang. Sungguh! Kami tak mahu pemimpin bermuka talam seribu!

Yang kami pinta, kamu para pemimpin bersatulah hati. Tuding-menuding tak mampu selesaikan masalah kamu mahupun kami. Saling menegur lah untuk mantopkan produktiviti. Percayalah, tiada siapa pun yang akan rugi.

['KAMI' doakan 'KAMU' agar cepat berubah dari penyakit itu-wasiat dari x kepada x tapi belum x..uh, kompius]

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.”
(Muslim)

No comments: