Assalamualaikum..
Wah..kalau dulu cuma dengar orang-orang sibuk berkata "Final year student memang bz la". Tapi saya rasa standard la untuk seorang pelajar berkata demikian. Nah! Sekarang saya dah merasakan kehidupan sebagai seorang pelajar tahun akhir di sini. Saya akui, banyak untuk dibuat! Tesis, jalan-jalan Singapore, jalan-jalan UTM, rehlah mahabbah..Macam-macam aktiviti nak dilakukan bersama rerakan..Kononnya nak meninggalkan kenangan yang manis sebelum bergraduasi.. sehinggakan saya tak sedar labah-labah mula membuat sarang di blog ini. Hehe..
Tapi itu bukan isu yang saya nak bawakan kali ni. Setelah spend hari cuti yang lepas di KLCC dan Gunung Pulai, baru saya sedar, rupanya, dah lama jugak saya tak keluar berjalan-jalan melihat alam luar dari UTM nih..Dan fenomena yang dapat dilihat di luar sana menyedihkan. Masyarakat Melayu beragama Islam kini makin parah rupanya. Ohoo..Kali ini saya tidak main serkap jarang, bersangka buruk atau apa pun. Pancaindera saya mungkin saksinya. Dan hati saya sukar tika cuba menerima..Haih..kompem susah! Hmm..susah la jugak kot..
[KLCC version] - Tang mana lak hang kata depa lagu tu? Sat naa..sebelum tu nak kasi tau, saya ni asal Felda. Mungkin orang kata, ala budak kampung masuk bandar memang camtu..Ha'ah, memang! Culture shock saya di bandar sana. Selepas bersolat maghrib di Masjid As-Syakirin, lagi ramai remaja muda berkulit sawo matang, berwajah kejawaan membanjiri kawasan lepaking area situ. Silakan untuk pembaca menafsirkannya.
[Gunung Pulai version] - Saja-saja join jamuan yang dianjurkan oleh grup mentor-mentee PM. Dr. Razali kembali membawa saya mengimbau kenangan dulu. Rupa-rupanya kebun pensyarah saya tu terletak tak jauh dari tapak treking sewaktu saya melalui detik-detik Birotatanegara di hutan itu. Perjalanan dari bawah hingga ke puncak memang mencabar. Semangat punya pasal dengan rerakan, sampai jugak akhirnya. Banyak ragam yang kami jumpa! Ada yang menyenangkan. Tak kurang yang sebaliknya. Boleh kata, pandangan mata selalu la kena jaga. Kalau tak, terbang melayang la ilmu di dada.. [o_O]
Di pertengahan jalan ketika turun, ada seorang remaja lelaki menegur ramah, "Dari mana kak?" Saya jawab, "Masih dalam Malaysia gak dik." Pesan dia lagi, "Baik-baik turun tu kak." Saya balas pesanannya, "InsyaAllah dik. Belajar rerajin ye. Jangan buat benda tak baik kat atas tu.." bilamana ternampak dia bersama 2 lagi rakan perempuan dan lelakinya. Sekadar pesanan. Boleh jadi perempuan tu adik dia kot kan..
Belajar dari pengalaman dan pemerhatian itu memang satu perkara yang berharga. Dan satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian tika menjelang bulan Februari - Hari Valentine! Apa relevannya untuk disambut??

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
1 comment:
jln2 itu indah...heee~~~
Post a Comment