Tuesday, 7 October 2008

Ajal dan Maut ketetapan-Nya

Hari ni setelah berkira-kira letih menyiapkan tugasan, saya berjalan-jalan meninjau blog bertujuan menyeludup ilmu. Siapa sangka, saya terjumpa cerita-cerita berkaitan norma kehidupan manusia. Satu, ajal dan yang kedua, jodoh. Tajuk kedua bukan pilihan, kerana tajuk pertama perlu diberi penekanan lebih. Ramai rupanya yang meninggalkan alam fana ini sama ada tika Ramadhan yang lepas baru berlabuh mahupun Syawal yang kini baru menjelma.

Kisah pertama, saya baca dari blog 'Anak Bapa: Puteriku Siti Hajar-Permata Hati Ayah Dalam Kenangan'. Suara hati seorang bapa terhadap pemergian anak sulung tercinta. Walaupun tidak langsung mengenali insan terlibat, namun tetap terkesan di hati. Kisah kedua tentang pemergian sahabat UMS. Kronologi kemalangan berlaku tika mana mahu meraikan hari kemenangan bersama rakan, sanak dan saudara. Kemudian kisah sahabat UIA yang turut menemui ajal ketika perjalanan pulang ke kampung halaman. Tak dapat dibayangkan, kepulangan yang dinanti keluarga tercinta rupanya sekujur tubuh kaku. Lagi beberapa berita di dada akhbar mengaitkan pelajar yang masih di institusi pengajian dijemput Ilahi. Ada yang tidak sempat bergraduasi, dan macam-macam lagi hajat yang tak sempat terlaksana. Banyak lagi sebenarnya yang saya sempat tinjau, tapi terlupa lak link nya di mana. Hajat nak kongsi dengan para penjenguk sekalian supaya kita dapat sama-sama ambil iktibar.

Suka saya nak ulang semula hadis mengenai ajal dan maut :

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”
(Muslim)

Semoga hari-hari merupakan peluang untuk kita berubah ke arah kebaikan.

1 comment:

Unknown said...

Salam,

Blog aku baru jer kene penyakit kluar "upgrade to Pro today"

kene tukar template baru, kene adjust posting, letih tak terkate,

so, tahniah.

;-)