Tuesday, 23 September 2008

TARBIYAH : Satu Keperluan


Tarbiyah banyak cara pendekatannya. Baik dan kena caranya, maka lekatlah tarbiyah itu pada hati insani. Namun hati-hati sebaliknya! Kiranya pendekatan yang digunakan tidak menyenangkan, tidak mustahil tarbiyah ditolak malahan mungkin menimbulkan rasa jengkel dan ketidakpuasan hati.
Rasulullah sendiri, dakwahnya secara berhikmah. Maka sewajarnya kita mengikut contoh baginda sebagai qudwatul hasanah. Bukan apa, penulis dan rakan pernah terjumpa segolongan kecil yang sebegini, barangkali sedikit bangga dengan title ‘daie’ yang dipegang. Sehinggakan under estimate mad’u, individu yang hendak ditarbiyahnya. Menyindir dan mentertawakan kurangnya amalan si mad’u kononnya dengan tujuan bergurau. Tapi bagi penulis, silap besar di situ bagi sikap seorang daie. Mana tak nya..baik-baik orang tu mencari seseorang yang mampu membantunya meningkatkan sahsiah diri tapi dek kerana sikap ‘hidung tinggi’ si pembimbing ini secara tak langsung bakal melemahkan semangat orang tadi tu.. Menyampahkan ada gak..mungkin dialog “Ala..pikir dia bagus sangat ke?” terlintas dalam perasaan yang terguris. Nak menyindir biarlah kena gayanya wahai para daie! Jangan biarkan mad’u mu berlalu pergi!


Biarkan kita bersama membina ummah gemilang! Sayonara to JAHILIYYAH~

No comments: