Monday, 22 September 2008

Memacu Perjuangan, Merintis Kemenangan

Part 1

Tajuk entri saya kali ini dipetik dari kata-kata adik junior yang saya kagumi semangat juangnya juga trademark GAMIS masa lalu (maceyh aidakecik:agak sudaa..hehe) .Sejak zaman matrikulasi, sehingga masuk alam kampus - tak pernah kenal erti penat dalam perjuangan memartabatkan Islam. Lebih-lebih lagi, ungkapan "Mahasiswa Jurubicara Ummah" yang terus meniti dari bibir ke bibir menjadi sokongan padu dan tonggak kekuatan gerakan mahasiswa membantu pembangunan ummah. Syukur saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang hebat walaupun ada yang cuma dikenali di alam maya, kerana dengan itu saya turut belajar untuk menjadi yang terhebat.

Ramadhan ini juga mencatat kemanisan apabila Malaysia menumpang bangga atas kemenangan seorang Qari muda, adik Muhammad Ahmad Zahid atas kejayaannya menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) kali yang ke-12. Ini juga contoh perjuangan dan buktinya, kemenangan! Betul lah tu kalau orang kata, tanpa perjuangan mana mungkin beroleh kemenangan. Adik ni baru usia 13 tahun dah hafaz Quran. Kita? Fuhh..Tarbiyah buat saya. InsyaAllah, usaha yang sungguh-sungguh meh kita laksanakan! Untuk anak buah Moksu, Safiyyah Khairah dan Khair Isyraf rajin-rajin ngaji naa..Kalau seluruh Malaysia dah kenal Adiputra budak genius, Moksu yakin anak buah Moksu pun boleh jadi lagi genius dari Adiputra..jadi hafiz..jadi hafizah..betui tak Abi Safiyyah dan Ayah Isyraf? Thehehe..

Part 2

"Usah bicara soal perjuangan, kalau tiada pengorbanan!"-fasilitator end of 2007.

Ni pun lagi satu madah pujangga faci saya sewaktu menghadiri kursus di awal perlantikan sebagai perwakilan pelajar. Kami didedahkan dengan sejarah awal pembentukan Malaysia. Bagaimana pejuang-pejuang Malaysia berkorban dan terkorban untuk menuntut kemerdekaan, dan kini hasilnya kebebasan!

Rasanya cukup dulu setakat ni. Bulan posa ni, tekak kering, idea pun nak ikut kering gak. Cuma nak highlight yang KEMENANGAN memerlukan PERJUANGAN.. Dan PERJUANGAN, insyaAllah disusuli KEMENANGAN!

No comments: