
Semua orang impikan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan yang diambil. Mungkin ada individu yang cuma mempertaruhkan sedikit usaha mampu mencapai kecemerlangan, dan tak kurang juga yang berusaha sehabis baik tapi masih tidak dapat apa yang diinginkan. Namun jangan kita lupa, apa jua yang diperoleh, datangnya dari Pencipta. Kata orang usaha, doa dan tawakal.. "Do ur best, let Allah do da rest".
Kadang-kadang timbul juga rasa tak puas hati.. Selalu perbandingan dibuat dengan kelas lagi satu. Sama ada dari segi markah, cara pembelajaran, isi kandungan subjek yang dipelajari, assignment, markah kuiz, test yang semuanya bakal menentukan gred akhir final exam.
Siapa mahu membela nasib kami? Seringkali terkena, siapa yang harus dipersalahkan? Mungkin usaha kami masih belum cukup? Ataupun nasib kami punya lecturer skema marking paper sedangkan kelas sebelah lecturernya bukan sahaja murah dengan senyuman, malah murah juga dengan markah? Adilkah kiranya penat belajar, full with assignment, kuiz, test yang susah dan bila final exam dapat gred lagi rendah dari mereka yang kiranya tiada kuiz, asignment yang boleh dikategorikan mudah, dan tidak terlalu detail pembelajarannya? Tidak wajarkah kami rasa teraniaya? Tak logikkah kiranya kami rasa tak puas hati? Semuanya kerana kami sedar, kami punya hak atas semua itu! Gred yang sepatutnya menyebelahi kami.
Sahabat, bukan kami memperkecilkan kalian mahupun usaha kalian. Bukan kami katakan, kami yang terbaik berbanding kalian. Cuma kami rasa ditindas, hak kami langsung tiada! Fahami kami wahai sahabat. Kami harapkan, jangan sesekali kalian mentertawakan kami atas masalah kami. Jangan sesekali kalian berkata, "Ape la diorang, belajar punya banyak tapi tak skor A jugak. Tengok kita kan, even lecturer ajar sikit daripada lecturer diorang, kita still dapat A." Pasti kami hampa kiranya kalian menuturkan sedemikian.
Pada kami tak salah punya rasa ingin bersaing untuk yang terbaik dalam peperiksaan. Itu bukan dengki namanya. Berikan kami peluang itu. Peluang memperoleh gred atas usaha yang kami pertaruhkan!
Biarlah keadilan yang menentukan! Kami percaya pada janji Tuhan. Tanggungjawab perlu dilaksana sebaik mungkin. Sekiranya berat sebelah, nescaya ada balasan yang menanti. Biarkan ia menjadi rahsia antara manusia dengan Allah. Siapa kami untuk menghukum. Dan kami percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan alhamdulillah, kami masih bersyukur atas apa yang berlaku.
Apa yang kami harapkan, mudah-mudahan ada cahaya keadilan untuk semester berikutnya. Peluang untuk kami skor dean. Ya Allah, berkati kami dan usaha kami. Amin~
1 comment:
eh?
enti sabar yek
Post a Comment