Alhamdulillah ana masih diberi peluang hidup mengecapi nikmat iman dan islam sekaligus meluangkan masa untuk menulis blog ana hari ni. Tadi, sekembalinya dari kerja, ana tekan punat channel Oasis di Astro. Rancangan CafĂ© Akhil Hayy 8 sedang disiarkan. Seronok juga tengok ustaz mentarbiyah anak muda. Afiq, pekerja kafe tu nak ambil cuti pi tengok konsert artis yang diminatinya sejak kecil. Kalau dulu, hanya berpeluang menonton di kaca tv, mendengar di radio, kini apa salahnya Afiq pergi menyaksikan live persembahan artis pujaannya itu. Seraya itu, ustaz menasihati Afiq tentang bahayanya gejala hedonism yang kian menular di kalangan remaja Melayu khususnya. Dalam berkias, Afiq sebenarnya faham ustaz tidak meng 'approve’ cutinya semata-mata untuk konsert tersebut. Bimbang dikatakan syubhah.
Keesokannya, rakan-rakan Afiq datang ke kafe dan seronok bercerita pengalaman masing-masing syok menyaksikan konsert. Salah seorang berkata, “Aku sanggup habiskan RM 200 nak tengok performance artis tu beb!” Datang ustaz ke meja tersebut dan bercerita tentang kisah 2 orang sahabat, RM 1 dan RM 50.
Tanya RM 1 kepada sahabatnya, “Lama tak jumpa. Di mana kamu sebelum ini?”.
“Aku biasalah, kalau tak di supermarket tentulah di tempat-tempat eksklusif,” balas RM 50 bersahaja. “Oh ya, kamu pula di mana wahai RM 1?” tanyanya semula.
“Aku masih di tempat yang sama. Surau dan masjid saja tempat persinggahan aku,” jawab si RM 1.
Mendengar kisah tersebut ana tergelak sebentar. Tak sangka RM 1 dan RM 50 juga boleh dijadikan kisah tauladan. Jikalau kita renungkan, tidak ada salahnya kisah tersebut. Jarang sekali untuk kita ketemu not RM 50 berada di tabung masjid. Kadang-kadang, RM 200 tak kisah dilaburkan demi tiket konsert, tetapi untuk bersedekah RM 2 pula terlalu payah. Akademi Al-Quran, Forum Perdana yang masuk free tak payah guna tiket tu, banyak pula kosong kerusinya. Pelik bin Ajaib pun ada gak. Lepas tu, ada pulak kaum hawa ni yang minat sangat kat artis ni. Katanya artis ni mampu beri dorongan dan contoh yang baik. Maka datang la ustaz Akhil Hayy join mereka membicarakan soal idola kononnya. Tegur ustaz, kenapa tidak Rasulullah yang disebut-sebut? Kerana akidah yang kita ada, kita mengagungkan Rasulullah tapi tidak sehingga menyatakan baginda itu Tuhan. Mengingati mati juga penting bagi menginsafi kelemahan diri justeru mengambil langkah untuk mengatasi. Apa yang nak diingatkan, bangun tidur jangan lupa baca doa, “Allahumma ahyana ba’dama amatana wa ilaihinnusyur” tanda syukur kita dibangkitkan kembali untuk meneruskan ibadah kepadaNya. Ana berminat tujukan lagu Farshi Turab buat sahabat/sahabiah sekalian sebagai renungan dan iktibar kita bersama.
InsyaAllah~
Farshi Turab
Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love?
They sold my loyalty!
And where is my group of friends?
They left my brotherhood!
Where is the bliss of money?
It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it's shine between praises?
This is my end and this is my bed
And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed
Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope Allah!
I desire heaven, to find bliss in it
And for Allah I pray faithfully, you are my hope Allah!
I desire heaven, to find bliss in it

No comments:
Post a Comment