
Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga. Tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak. [As-Syahid Syed Qutb]
Kali ini, diingatkan dengan mutabaah amal. Kata Cik Puan Naqibah, kalau masih ada gusar tentang amal kita yang sedikit dibandingkan dengan sahabiah yang lain, tandanya masih ada iman di hati. Kesedaran tentang keperluan peningkatan amal. Namun, sekiranya masih tidak endah ibarat di zon selesa, maka berjaga-jagalah. Mungkin ada titik hitam di hati yang perlukan sentalan kuat dan sentuhan kuat Clorox.
Amal bukan sekadar catatan di atas kertas.
Amal itu perlu ikhlas dibumikan.
Mudah-mudahan pencatat sebelah kanan lebih banyak kerjanya.
Moga-moga pencatat sebelah kiri kebosanan tidak punya kerja.
Oh Allah pemilik hati, tetapkan hati kami agar terus istiqamah di jalan dakwah. Bekalkan kami keimanan dan ketaqwaan yang mantap lagi sohih.
Ya Muqallibal Qulub, Thabit Qulubana 'ala diinika wa'ala To'atik.
Dai'e itu besar peranannya.
No comments:
Post a Comment