Saban kali akhbar memaparkan berita-berita kematian sama ada terbunuh, dibunuh atau membunuh diri sendiri, sedikit sebanyak ia menggetarkan hati seorang hamba. Bagaimanakah rupanya bila kita kembali menghadap Pencipta Yang Esa kelak? Baikkah? Burukkah? Amalan yang dilakukan dijadikan kayu pengukur bagaimana pula cara kita dibangkitkan kemudian hari.
Hari kebangkitan di Padang Mahsyar boleh diibaratkan seperti menghadiri peperiksaan akhir semester. Kan?
Apa perasaan anda apabila melangkah ke dewan peperiksaan dengan persediaan yang rapi dan ulangkaji yang mencukupi?
Apa pula perasaan anda sekiranya subjek yang bakal dijawab tidak selesai dipelajari setiap inci kandungan silibusnya?
Saya pernah merasai kedua-dua situasi tersebut. Kerana saya akui kelemahan saya sebagai manusia yang kadangkala terkhilaf mengurus masa.
Untuk situasi yang pertama : Hanya perlu mengorak langkah dengan yakin, bermula dengan doa saat dari keluar pintu bilik sehingga saat membuka kertas soalan. Segala memori disimpan molek untuk dimuntahkan di kertas jawapan. Keluar dewan, sah sengih melebar ke telinga!
Untuk situasi yang kedua : Hati cukup resah, tak menang tangan nak pegang nota-nota kecik, terlupa baca doa bila melangkah keluar bilik, mulut masih terkumat-kamit menghafal nota. Entah apa la yang nak dijawab nanti. Aduh, parah nih! Tamat kertas, balik bilik, cepat-cepat semak nota, konfem "Alamak, cheq jawab lain la pulok tadi...Haih, mati la cheq gamaknye!"
Silakan untuk kaitkan sendiri fenomena peperiksaan dunia dengan peperiksaan akhirat. Persoalannya di sini, bersedia ataupun tidak kita dengan kehidupan selepas dunia?

Hmm..Saya risau, masihkah boleh menyelak-nyelak nota kecil tika menjawab soalan di hadapan Dia nanti..
Apakah ada konsep "open book" sepertimana menjawab soalan kuiz di bilik kuliah?
Berpeluangkah saya menyambung talian hayat dan mengupah seseorang yang mampu menjawab bagi pihak saya?
Ya Allah, banyak lagi yang harus dipersiap. Masih terlalu sedikit sumbangan untuk Islam. Akhlak, sahsiah sangat-sangat perlu dipolish. Bukan hanya untuk diri saya semata-mata, tapi masyarakat jua. Dan saya berharap, saya, kamu, kita semua umat Islam mampu bersedia 100% dengan kehidupan alam seterusnya.. Amiin~
Terkadang 'terkilan kehairanan' bila ada individu berfikir pendek mahu terjun bangunan, terjun jambatan LRT dengan perasaan tertekan sambil jerit nama kekasih yang belum pasti mampu menemani perjalanan di akhirat nanti. Jauhi aksi ini ya. Akhir kata, peringatan untuk diri saya dan sahabat sekalian, tujuan utama manusia hidup adalah untuk beribadat dan mengabdikan diri padaNya, juga sebagai salah satu bekalan menuju ke sana.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
p/s : Iklan sat. Kehilangan Ustaz Nasharuddin sempena pilihan raya kecil Manek Urai tak lagi jadi tanda tanya. Ish, 'orang berita' tak baik dok kabo gosip-gosip nih..Yang sohihnya ada kat sini yek.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"- Adz-Dzaariyat : 56
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
p/s : Iklan sat. Kehilangan Ustaz Nasharuddin sempena pilihan raya kecil Manek Urai tak lagi jadi tanda tanya. Ish, 'orang berita' tak baik dok kabo gosip-gosip nih..Yang sohihnya ada kat sini yek.
2 comments:
salam.
kutahu ada yang sangat istimewa padamu
satunya, fikiranmu yang kritikal tapi jiwamu yang lembut.
Gembira berukhuwah denganmu.
Salam kakna..
Alhamdulillah kakna..Untung lagi ana rasanya ketemu sahabat seperti kalian..
Muga ditetapkan hati-hati kita dalam mencari kebenaran yang satu, menegakkan kalimah Allah yang pasti.
Jazakillah atas ukhuwah yang indah ini.
Post a Comment