Tak lama lepas berita kematian mahasiswa UKM dan UTM yang lepas, hari ini sekali lagi akhbar menyiarkan berita sedih di UTM KL. Apa pun, sama-sama kita doakan roh mereka yang telah pergi. Entah bila pula giliran kita nanti...
Sumber : KOSMO!
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar jurusan Diploma Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini mungkin akan trauma seumur hidupnya apabila menyaksikan bagaimana rakan sebiliknya terlepas tangan dari tingkap sebelum terjatuh dari tingkat empat dan maut.
Amirul Hashim Jamil, 18, berkata, apa yang disaksikannya pada pukul 12.45 pagi semalam di Blok C, Kediaman Kedua Siswa Jaya UTM Jalan Rejang 4, Setapak Jaya itu sukar untuk dilupakannya.
"Saya masih terbayang detik-detik tangan rakan saya terlepas dari tingkap dan disusuli dengan jeritan kuat mangsa," cerita beliau semasa ditemui di sini semalam.
Dalam kejadian itu, Muhammad Khalis Zulkifli, 18, pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik yang baru dua minggu mendaftar diri ke universiti itu maut apabila dia terjatuh dari dinding bilik air rakannya.
Mangsa semasa itu tidak mempunyai kunci asrama untuk masuk semula ke bilik selepas keluar ke bilik rakannya.
Sebelum memanjat dinding bilik air rakan sebelah, dia dikatakan telah mengetuk pintu biliknya tetapi rakan sebiliknya, Amirul tidak dengar ketukan itu.
Ekoran itu, Khalis yang mahu masuk ke biliknya terpaksa melalui bilik rakan sebelah dan keluar dari tingkap untuk ke balkoni bilik sendiri.
Mengimbas sebelum tragedi itu, Amirul berkata, dia bersama empat rakan yang tinggal di bilik lain leka menonton filem Terminator Salvation di dalam biliknya menggunakan komputer riba.
"Kebetulan saya yang menghadap balkoni ternampak ada tangan mencengkam bingkai cermin tingkap sebelum tangan itu tiba-tiba terlepas dan disusuli dengan jeritan kuat.
"Kami berlima cemas dan semasa meninjau dari balkoni kami tidak nampak apa-apa kerana keadaan di bawah gelap," ceritanya lagi.
Menurutnya, beberapa saat selepas itu dia terdengar bunyi pelajar menjerit memberitahu ada mayat atas simen.
Khalis ketika kejadian hanya memakai seluar pendek berwarna kuning dan mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala.
Difahamkan, sebelum kejadian, Khalis dikatakan terpaksa memanjat dinding bilik air rakannya yang tinggal bersebelahan dengan biliknya kerana tidak mempunyai kunci bilik.
Di dinding bilik air itu pula terdapat satu lubang segi empat yang boleh memuatkan badan manusia untuk masuk ke balkoni menuju ke bilik mangsa.
2 comments:
salam n selamat pg
innalillahiwainnailahirojiun...
ni yg xsanggup nk dgr,tgk dsb..
kwn2 sepatutnya peka bl org ketuk pintu..
sis cukup takut hal cm ni..
semoga roh khalis di tempatkn dikalangan org yg beriman..ameen
"ngeri bl tgk kejadian cm ni..xnk ingt dah!!sis penah tgk sendiri..."
1st dlm taon bulan FEB nie adik nnk ak mninggal
2nd bln MAC nnk sblah ipar makcik ak mninggal
3rd bln APRIL ayh kwn skolah ak mninggal
4th MEI senior skolah mninggal
5th tpt sminggu cgu skolah ak mninggal
6th JUN kwn sekelas dok kt sblh ak mninggl
7th xsmpai sminggu adek kwn skelas ak mninggal
8th JULY pakcik sepupu ak mningal
makcik ak lak cite kwn die dlm taon nie 5 owg trsyg die mninggl.. mak,suami n anak.. waktu y laen2..
lec ak pon nk trlibat jgk.. keta rosak la asyik sakit la mcm2 la tensen la..
so xtau la kn taon nie mcm taon kematian..
setiap bulan ade owg mninggl..
smpaikan ak stiap kali pas slt mst doa sume fmily besa ak umo panjang..
kalu ak y umo pndek xpe..
ak xsedey.. tp xsdie lg kot huhu =)
al-fatihah~
Post a Comment