Thursday, 5 February 2009

UTM imej baru mahu bina reputasi universiti disegani


Sumber : Berita Harian

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), semalam melancarkan imej baru dalam usaha menjadikan universiti itu lebih diiktiraf serta dihormati di dalam dan luar negara menerusi sistem nilai, budaya akademik dan suasana persekitaran intelek.

Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zaini Ujang, berkata bagi mencapai matlamat itu, pihaknya menekankan penambahbaikan daripada segi dalaman dengan warga kampus berperanan penting dalam mewujudkan identiti dan membina reputasi universiti yang disegani.

Katanya, berkata, bermula semalam pihaknya melakukan perubahan pada logo UTM dengan setiap logo akan mempunyai nama universiti di sebelah kanan lambang dalam semua urusan dan premisnya supaya ia lebih dikenali dan berdaya saing.

“Imej baru UTM boleh dicapai dengan melakukan perubahan secara fizikal terhadap logo, slogan dan penampilan menarik melalui perancangan yang strategik.

“Bagaimanapun, saya percaya kekuatan imej yang dihasilkan menerusi budaya ilmu, suasana persekitaran intelek, idealisme akademik, proses kerja dan usaha berpasukan akan menjadikan UTM lebih dihormati,” katanya selepas melancarkan imej baru UTM di Dewan Sultan Iskandar UTM, di sini semalam.


Lagi berita :

KOSMO!
Utusan Malaysia
BERNAMA

3 comments:

Lem said...

tahniah utm...
sudah ada logo baru...
harap lepas ini barisan MPP pun berfikiran baru juga...

.:Srikandi :. said...

bukan setakat barisan MPP, diharapkan semua student UTM juga..

termasuk kamu dan saya.. =)

Anonymous said...

Oh tahniah UTM..=P..