Hari ni..dah 3 hari arwah pulang ke rahmatullah.
[10-11-08] - Entah kenapa hati ni rasa rindu sangat nak balik rumah kat Kota..nak ikut mak ngan abah balik kampung kat Pontian.. Tapi terdetik juga, mungkin ini cuma dugaan di musim peperiksaan. Masa nak exam, masa tu baru nak ingat rumah dan segala macam..Dan pagi Isnin tu sempat telefon mak sebelum pi exam..Kabo kat mak, mintak doakan dipermudahkan jawab soklan..Mak pun kabo gak nak pi lawat Yai Bakar (atuk laki belah abah) kat HSA. Katanya dikhuatiri ususnya bermasalah.. Sempat gak gurau ngan mak- "mai la jenguk-jenguk orang kat UTM ni. nak gak balik kampung after paper esok." Mak pun dah malas nak layan homesick anak dia, cepat2 suruh gerak pi dewan peksa-takut lewat lak.
Petang tu mesej mak lagi, tapi tak berbalas. Hairan. Kenapa mak tak balas mesej? Terfikir gak, camne keadaan yai sekarang..
Malam tu, stadi ngan kawan-kawan untuk paper esok..Handphone tinggal kat bilik. Tak lama pun, balik bilik semula, tergerak nak jengah hp. 1 missed call-tina. Segera ku mesej kakak ku- kiranya ada hal penting untuk diberitahu. Sejurus mesej masuk semula hatiku disentap.. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Patutlah mak tak balas mesej petang tadi. Berita buruk rupanya yang ingin disampaikan. -"juz nak bagitau Yai Bakar da meninggal petang tadi. Bacakan yassin untuk arwah ye." Dan diri hanya mampu berdoa supaya Allah kuatkan hati hambaNya menerima ujian itu sewaktu exam masih lagi berbaki. Doa supaya tahan air mata hambaNya dari mengalir keluar, tapi gagal.. Mujur ada sahabat2 yang sudi menenangkan hati yang duka dan cepat tersedar setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia satu hari nanti. La tahzan duhai hati..
Terkilan kerana tak dapat menghadiri pengebumian arwah. Terkilan kerana berjumpa arwah kali terakhir sewaktu hari raya. Andai waktu dapat diputar semula....
Sedih..Di laman ini, pohon ana kepada sahabat-sahabiah sekalian agar dapat sama-sama menyedekahkan pahala bacaan Al- Fatihah buat Allahyarham Hj. Ahmad bin Kelidin, mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al- Fatihah.
Moga Nyai Bakar diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan seterusnya. Dan mungkin ujian yang lagi sukar berbanding exam ini diturunkan kepada hambaNya dengan tujuan untuk menyedarkan diri ini yang alpa dengan nikmat dunia yang cuma sementara.. Muhasabah untuk kita yang masih bernyawa, dan masih punya peluang untuk meraih cinta Yang Esa.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."
-minta doakan kesihatan Nyai Busu (nenek sebelah mak) agar beransur pulih dari penyakit jantung bengkak. jzkk-

2 comments:
semoga arwah berada bersama-sama orang yang beriman dan bertakwa, insyaAllah.. ;)
Moga doa kita mampu memelihara arwah dari seksa kubur dan sukses ke jannah abadi
Post a Comment