Tuesday, 26 August 2008

Malu : Di manakah Kamu?

“Macam makcik!”

Tertarik dengan ucapan itu, saya menoleh ke arah suara tersebut. “Macam makcik?”. Mata saya melihat ke arah ‘pelakon’ di fakulti itu. Si pengucapnya yang berbaju singkat menuturkannya kepada rakannya yang berjubah seluar.

Apa yang pembaca fikirkan?

Otak penulis yang bekerjasama dengan telinga yang mendengar dan mata yang melihat serta merta mentafsirkan bahawa makcik-makcik merupakan individu yang gemar berjubah seluar sedangkan remaja fesyennya mestilah up to date-singkat dan ketat. Istighfar panjang penulis. Inikah pandangan masyarakat terhadap stail pemakaian zaman moden? Yang menutup aurat itu ketinggalan zaman, dan yang terdedah sana-sini sememangnya perlu dibanggakan kerana tidak lupa mengikuti peredaran semasa? Ingin saja penulis menegur ucapan si penutur yang barangkali memberi kesan kepada ‘makcik’ itu. Mungkin ‘makcik’ tadi akan berubah penampilannya daripada sopan kepada penampilan ‘saya bukan makcik’ yang ibarat baju tak cukup kain sekiranya pendiriannya tidak teguh dan mengelak rasa rendah diri. MasyaAllah, bukan sedikit pengaruh tutur kata yang tidak kena pada tempatnya itu.

Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” (Bukhari)

Di manakah malu seorang wanita mendedahkan perhiasan yang sewajarnya milik zaudj nya?

Di manakah malu seorang hamba terhadap Penciptanya yang menyempurnakan elok kejadiannya?

Di manakah malu umat Muhammad yang melupakan ajaran agama sedangkan Baginda mendoakan umatnya di saat maut menjelma?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

No comments: