Alhamdulillah, berikutan keputusan UPU yang telah pun dikeluarkan, ana pasti adik2 lepasan matrikulasi, STPM dan diploma di luar sana tentunya memanjatkan seribu kesyukuran pada Ilahi lantaran masih diberi peluang menuntut ilmu di peringkat lebih tinggi. Junior ana semasa di SAKTI sempat memberitahu khabar gembiranya berjaya mendapat tempat di UPM dalam bidang kejuruteraan awam.. Syukur! Ana hanya mampu menumpang gembira dan memberi sokongan padu.
Justeru, amanah semakin bertambah dengan gelaran baru ‘Mahasiswa’ di samping amanah sebagai anak dan hamba Allah. Mahasiswa pencetus agenda Negara dan ummah, pemimpin masa akan datang! Amanah yang digalas hendaklah bijak diseimbangkan. Jangan terlalu taksub belajar mengejar anugerah dekan sehingga terlupa tanggungjawab kepada Pencipta dan ibu bapa. Namun jangan pula aktif sertai pelbagai aktiviti ataupun sibuk menyandang jawatan untuk kemasyhuran semata-mata sekaligus leka untuk mengulangkaji. Mendalami ilmu agama, menyertai persatuan, menjadi pemimpin dan keputusan peperiksaan yang cemerlang semuanya mampu kita lakukan serentak sekiranya mempunyai perancangan masa yang baik. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jalan oleh-NYA selari dengan niat yang kita tanam.
Buat adik-adik yang bakal melangkah masuk IPTA terutamanya UTM, ahlan-wasahlan kami ucapkan. InsyaAllah, kami selaku perwakilan pelajar akan cuba memberi perkhidmatan terbaik untuk keselesaan adik2 khususnya, serta warga kampus umumnya. Sesungguhnya, zaman universiti merupakan peluang kita untuk mencipta sejuta kenangan indah. Rebutlah peluang yang wujud di depan mata. Taburlah sebanyak mana budi sama ada pada universiti mahupun agama tercinta selagi bergelar mahasiswa/i. Dengan cetusan revolusi yang tercipta, barulah kita mampu bergelar graduan yang berkualiti dan bersahsiah kelak! Takbir!!

No comments:
Post a Comment