
Demam Euro bakal melanda. Tak lama lagi kita boleh lihat simptom2 biji mata merah ke opis, punch kad pun penuh kaler merah, sindrom tido waktu keje dan yang sewaktu dengannya. Lagi pulak jadual siaran perlawanan Piala Eropah 2008 dah pun mengambil tempat terlebih dahulu di kaca televisyen. Ramai betul yang sanggup kunci jam untuk bangun semula menyaksikan aksi2 pemain bola tuh menggelecek bola dan kalau nasib baik dapat la jaringkan gol..Malang pulak bila pasukan pilihan beraksi lemah, tidak seperti yang diidamkan..Masa tu jugak la sumpah seranah berebut-rebut nak keluar dari mulut walaupun jam dah menunjukkan 3 pagi.
Tapi berapa ramai antara kita yang sungguh2 pasang alarm nak bangun solat malam? Hurm..kalau begitu, musim2 Euro ni la masa dan peluang kita nak meningkatkan amalan solat malam. Seperti firman Allah S.W.T. :
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka." (Surah Al-Sajdah 32: Ayat 16)
Nah, sebelum atau selepas tengok Euro2008 tu bolehlah kiranya kita luangkan sedikit masa untuk lakukan solat malam. Bahkan ada faedah pelaksanaannya seperti yang difirmankan Allah :
"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya." (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)
Ana ambil peluang juga untuk nasihat diri ana sama teman-teman. Ana sendiri tak nafikan, kadang-kadang seronok sangat menonton sampai lupa tanggungjawab tambahan seorang muslim..InsyaAllah, kita mampu berubah selagi inginkan perubahan.. Seimbangkanlah dunia dan akhirat selagi nyawa dikandung badan..
SELAMAT MENONTON EURO 2008!!
(^_^)
No comments:
Post a Comment