Monday, 12 May 2008

BILA VIRUS MELANDA

Alhamdulillah, seminggu sudah berlalu tempoh latihan industri di kilang sawit. Banyak cabaran yang perlu dilalui, lebih-lebih lagi suasana yang dikelilingi kaum lawan membuatkan ana kurang selesa. Namun, atas dasar profesional ana gagahkan jua diri ini. Mujur ada kakak sebagai peneman di sisi. Tak dapat ana bayangkan sekiranya ana sorang praktikal kat situ. Tapi ana yakin Allah sentiasa dekat di sisi hambaNya.. Melindungi hambaNya sekiranya benar2 diperlukan..

Ingin ana kongsi bersama pengalaman membaca novel online karya rnysa. Kagum dengan watak Ammar dalam novel R.A.D.H.A yang sentiasa memikirkan masalah ummah.. Dan membandingkan watak tersebut yang wujud di dunia nyata.. Hampir sukar dicari. Malah jumlah yang menimbulkan masalah ummah semakin bertambah. Bukan ana sekadar berkata kosong.

Mari kita lihat, zaman kini berapa ramai rijal yang menundukkan pandangan tika nisa melewati. Makin ramai yang galak mengusik, bersiul dan suara-suara sumbang " hai nak ke mane tu?? sombongnya kak long.." hatta nisa bertudung labuh pun terkena tempiasnya. Hati ini sayu jugak tatkala melihat laman fs rakan lama yang dikagumi satu ketika dahulu kerana kepetahannya dalam pertandingan menyampaikan cerita-cerita nabi, dan bersekolah di sekolah yang berstatus SMKA kini tidak lagi mempraktikkan ilmu yang ditimbanya dulu kala. Tapi tak boleh nak samakan semua pelajar SMKA macam tu. Ya Allah, pelihara lah peribadi umat Muhammad. Kadang-kadang terpikir, adakah mereka terkongkong dengan lifestyle yang sentiasa menjaga adab dan batas?? Sepatutnya tak perlu ada rasa begitu, kerana itu lah yang kita wajib laksanakan bukan untuk orang lain, tapi maruah diri sendiri..

Lelaki dan perempuan alaf millenium katanya perlu berubah sejajar dengan peredaran masa. Tapi perlukah berubah ke arah keburukan?? Nauzubillah, mintak dijauhkan. Peranan kita sendiri mencorakkan masa depan. Inginkan yang baik, maka berusaha mencipta yang terbaik.

Siapa lagi yang nak diharapkan jika bukan umat Islam itu sendiri?? Ayuh remaja Islam! Korbankan sedikit masa dan tenaga mu untuk bersama-sama memikirkan masalah ummah dan berusaha mengatasinya. Pasti ada ganjaran dari yang Esa!



No comments: