Saat lafaz sakinah.
18.04.14. Sekitar jam 6 petang, aku bertukar kepada status Puan. Daripada seorang anak kepada isteri seseorang. Daripada bujang kepada berkahwin. Alhamdulillah.
Bebanan status itu kini tergalas di bahu ku. Nasihat emak, abah, ustaz, ustazah, abang, kakak, naqibah, sudah diambil. Tinggal masa untuk praktikkan saja. Harap aku sukses dalam perlaksanaannya.
Persefahaman masih lagi dibentuk, dari hari ke hari. Kami masih belajar tentang diri masing-masing.
Yang cuma aku mahu tekankan di sini, tidak perlu bercouple-putus-sambung-putus-couple lain banyak kali untuk mencari seseorang yang serasi dengan kita. Hanya akan menambah dosa dengan hubungan yang belum halal, tapi sudah dicanang ke seantero dunia.
Hakikatnya, seorang lelaki dicipta memang berbeza sifatnya dengan wanita.
Pernikahan itu bukan mencari yang sempurna, tetapi saling menyempurnakan antara dua insan.
Betul kata seorang kekanda. Pernikahan yang sebelumnya dijaga pergaulannya akan terasa lebih indah saat akad dilafaz.
Ingatlah pesan kakak.
Jaga kecantikan yang ada pada dirimu, khas untuk seseorang yang halal untuk kamu kelak, adikku.
Kita wanita, punya maruah yang tinggi.
Jadilah yang istimewa pada pandangan Tuhanmu.

No comments:
Post a Comment