Friday, 5 April 2013

Mi Godok

Ini nama makanan kegemaran kami sekeluarga.

Menu terbaik dan tercepat di bulan Ramadhan yang lalu. Seminggu sampai dua kali, itu Abah.

Menu pertama untuk orang yang nak berjinak-jinak dalam dunia masakan. Itu saya.

Juga menu termudah untuk seorang suami pada anak isterinya. Itu Along saya.

Sedap sehingga licin periuk. Betul. Tak tipu.

Mak kata, mi godok = mi rebus. Mi godok jawa.

Tapi orang Johor punya mi rebus lain. Kuah kaler kuning, dan ada telur rebus yang dipotong. Allahu a'lam.

Maka... Saya kongsi di sini supaya nanti nak masak tak perlu nak telefon emak lagi. Hehe.

Bahan- bahan :

  • Tauhu 4 keping (digoreng dan dipotong)
  • Daun sup (takde pun takpe)
  • Tauge
  • Kiub ayam (jenama yang tak diboikot)
  • Bawang merah (10 ketul) & bawang putih (4 ketul)- dikisar
  • Telur
  • Sawi
  • Lada sulah
  • Mi kuning benda paling penting
Metod masakan :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar (blender) sehingga naik bau.
  2. Masukkan air panas, tunggu sehingga mendidih kecil.
  3. Campak kiub ayam sopan-sopan, masukkan mi. Apabila mendidih, pecahkan telur.
  4. Masukkan sawi, tauhu, tauge (ini option saja, tidak diaplikasi ke dalam masakan bukan penggemar sayur. =] )
  5. Angkat, masukkan daun sup sebagai hiasan dan bau-bauan.
  6. Lada sulah adalah option juga untuk penambah rasa. Sila adjust sendiri rasa masakan anda mengikut kegemaran. Masakan saya adalah plain. Tidak pedas. Hehe.

Ini gambar hiasan, lebih kurang begini rupanya

Iya. Ini menu hari Jumaat rumah sewa kalau tukang masak hari tu kemalasan atau bergegas mahu ke usrah atau perkara-perkara lain. One hour and less.

Mahu cuba, silakan. 

** Teringat menu soto di bulan Syawal, few years ago di zaman degree. Dan sup mushroom.

No comments: