Wednesday, 21 November 2012

An-Nisa'

4-88 : Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan [211] dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kepada kekafiran), disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya.

4-89 : Mereka ingin agar kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, sehingga kamu menjadi sama (dengan mereka). Janganlah kamu jadikan dari antara mereka sebagai teman-teman(mu), sebelum mereka berpindah pada jalan Allah. Apabila mereka berpaling [212], maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana pun mereka kamu temukan, dan janganlah kamu jadikan seorang pun di antara mereka sebagai teman setia dan penolong.

[211] : Golongan orang mukmin yang membela orang munafik dan golongan orang mukmin yang memusuhi mereka. 

[212] : Diriwayatkan bahawa beberapa orang Arab datang kepada Rasulullah S.A.W. di Madinah, lalu mereka masuk Islam, kemudian mereka ditimpa demam Madinah, kerana itu mereka kembali kafir lalu mereka keluar dari Madinah. Kemudian mereka berjumpa dengan sahabat Nabi, lalu sahabat menanyakan sebab-sebab mereka meninggalkan Madinah. Mereka menerangkan bahawa mereka ditimpa demam Madinah. Para sahabat berkata, " Mengapa kamu tidak mengambil teladan yang baik dari Rasulullah?" Para sahabat terbagi kepada dua golongan dalam hal ini. Yang sebahagian berpendapat bahawa mereka telah menjadi munafik, sedang yang sebahagian yang lain berpendapat bahawa mereka masih Islam. Lalu turunlah ayat ini yang mencelah kaum muslimin, kerana menjadi dua golongan itu, dan memerintahkan agar orang Arab ditawan dan dibunuh, jika mereka tidak berhijrah ke Madinah, kerana mereka disamakan dengan kaum Musyrikin yang lain.

Surah an-Nisa'. 

Ehem.

No comments: