Saturday, 26 May 2012

Random

Rejab. Datang lagi.

Rasa berkobar-kobar. Sekobar-kobar nak menyanyikan lagu Negaraku dengan lagu sekolah masa zaman sekolah rendah dolu-dolu.

Weehu. Saya cuma mahu buat yang terbaik untuk tahun ini. Kerana prestasi tahun lepas sungguh tidak memberangsangkan rating star. Sungguh. Hampeh. *Dushhh!*

Jadi tahun ini, mahu jadikan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan saya OHSEM luar biasa. Kemudian istiqamah untuk tahun mendatang. Pasti tidak mahu terhenti setakat ini.

Huk. Tahun ini berbeda amat. Kehadiran ahli keluarga baru.

Khairani Irdina, si tembon itu yang hadir bulan Mac. Abang ipar. Kakak ipar. Wah, keluarga kami sudah membesaaar. Alhamdulillah! Oh, hati bunga-bunga.

Angah. Angah. Sila balik Malaysia bersama bayi lelaki baru, kalau boleh. Hehe.

Sebenarnya, saya cukup rindu zaman persekolahan. Zaman sebelum bekerja. Zaman di IPT.

Ulang alik ke mesjid yang dok tersergam indah depan fakulti.

Masa-masa lapang mendengar majlis ilmu yang berjuta lemon. Pheww.

Puasa sunat. Solat sunat. Semua tidak menjadi alasan.

Ye, zaman bekerja adalah zaman mencipta alasan. Haha. Erghh.

Hola. Bila boleh pulang ke zaman sekolah ya? Soon plis.

Allahuma baariklanaa fi Rejab wa Sya'ban wa ballighna Ramadhan.

No comments: