Wednesday, 15 February 2012

Sejarah

Saya suka sejarah.

Itu antara subjek yang menyumbang gred A saya dalam peperiksaan besar di sekolah menengah. Haha.

Suka sejarah, bermaksud kena suka sirah bukan? Ya lah, sejarah omputih, sirah islam. Oh, berusaha.

Ya, saya bukan ikan emas. Sebab ikan emas cepat lupa. Itu pasal dia asyik ulang berpusing di tempat yang sama. Dia lupa dia dah berenang di laluan itu sebelumnya.

Saya selalu teringat benda-benda manis. Tak kurang juga yang pahit. Benda-benda remeh pun termasuk juga.

Kadang sejarah membuatkan kita senyum seorang. Menangis. Tertawa. Macam-macam perasaan.

Saya ingat di awal perkenalan saya dengan sahabat yang mendekatkan saya pada Pencipta. Tak putus asa meng-sms budak yang suka main lari-lari ini. Tapi sebenarnya mahu. Faham ke? 

Kali pertama ke dauroh menaiki JCK. Ingat woo.

Alhamdulillah, akhirnya melekat. Eheh! Sebabnya, sahabat saya itu tunjukkan qudwah yang baik. Tak sekali pun meninggalkan saya. Bersungguh-sungguh. Mestilah saya terpikat dan terdorong untuk mencontohi peribadi mereka bukan? Dan tentunya, hidayah Allah itu yang paling mahal dan berharga. Oh, saya doakan, mudah-mudahan amal saya yang sedikit mampu dikongsi menjadi saham buat mereka di akhirat sana. Ameen ya Rabb.

Eh, apa sebenarnya nak cerita ni?

Oh sejarah persahabatan kita. Sejarah kamu, aku dan tarbiyyah.

Mungkin juga ucapan terima kasih buat kalian. 

Terima kasih kerana memberikan ruh ukhuwwah yang indah ini.

Terima kasih atas nasihat-nasihat yang berguna.

Terima kasih atas kata-kata yang memujuk.

Terima kasih kerana tetap memberikan sokongan dalam apa jua keadaan.

Dan hanya Allah yang tahu betapa hati ini mencintai kalian keranaNya. [Oh, tacing.]


p/s: Aku punya cerita, aku mahu nasihat. Kita dah lama tak duduk sama kan? Ah, tak mahu kacau ibu mengandung. Rehat-rehat saja ya. :)


Perjuangan bukan untuk orang manja.

Aktifkan diri, sibukkan diri, paksakan diri, relakan hati.

Let's work together, the best that we can.

Let's pray together, the best is Allah's plan.


Kita di KoBANNA


No comments: