Alhamdulillah, jamuan raya selamat diadakan tengahari tadi. Ramai juga siswa siswi yang hadir memeriahkan suasana. Maklumlah, Timbalan Menteri KPT pun ada menjamu selera bersama-sama mahasiswa ditambah pula dengan perlantikan baru VC UTM yang penuh misi itu. Makan semeja dengan orang kuat keselamatan UTM yang penulis gelarkan ENCIK KESELAMATAN (jangan marah En.Halim.. =p) memberi peluang kami bertukar-tukar cerita mengenai isu keselamatan yang berlaku baru-baru ini. Encik Fauzi pun tak ketinggalan bercerita mengenai pimpinan baru VC yang sentiasa bergerak pantas. Mengenai pendapat VC tentang khidmat masyarakat yang bukan hanya memegang cangkul, menebas rumput tetapi mahukan sesuatu yang mampu memberi impak maksima kepada masyarakat kampung dari segi nilai pengetahuan khususnya. Memang menarik. Mungkin boleh diserap pada program-program akan datang dan penulis berharap, penulis mampu dan sempat menjadi pelaksana hasrat VC tuh.. Jamuan turut diserikan dengan kewujudan kumpulan nasyid UTM, iaitu IRFAN dengan berselawat pada awal majlis. Di akhir majlis, terdengar rakan-rakan yang merungut tak dapat kenyangkan perut dengan nasi sebab cuma sempat jamah laksa yang disediakan. Dan tiba-tiba teringat buku yang baru penulis baca, “Belajar dari dua Umar- Kenyangkan perut rakyat.” Astaghfirullah, insaf ! Minta maaf rakan-rakan...
[gambar atas : Dato' Idris baru sampai]
[gambar bawah : bicara VC bersama En. Halim]
No comments:
Post a Comment